Book review: Bidadari Hujan

0 comments

Bidadari Hujan

4.06 of 5 stars 4.06  · 
Kasihan itu salah satu cabang cinta!

Tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku terpanah dek kasmaran untuk pertama kali.
Dia Bidadari Hujan yang memayungi aku dengan payung cintanya! Aku terpesona pada kejelitaannya.
“Harap-harap esok pagi hujan lagi!” kataku sambil menghadiahinya senyum.
Matanya memanah hatiku dengan busur arjuna. Lalu hari-hari selepas itu, aku bukannya lagi Raimy Haidar yang dulu.


Hujan mencurah lagi. Diberinya aku sekaki payung.
“Macam mana saya nak pulangkan?”
Langkah dia terhenti. Aku menanti. Perlahan-lahan dia berpusing kembali menghadap aku.
Oh, dia bukannya Bidadari Hujan aku yang dahulu. Tingkahnya penuh pekerti senyumnya penuh erti.
“Simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. Buanglah andai awak rasa mahu membuangnya.”

Apa jawab hati aku pada saat ini


Resensi:

Kasihan itu adalah salah satu cabang cinta!

Dia bukannya bidadari hujan impian Raimy, dia berusaha membalut lukanya. Dan dia berusaha untuk membahagiakan orang lain. Sehabis mungkin, dia cuba menjadi isteri yang baik. Sehabis mungkin, dia berusaha memecah tembok si suami yang mengaku tiada langsung hati padanya walaupun dianggap muka tembok. Raimy dalam keserba salahan terpaksa memilih dia, bukannya Qamalia, bidadari hujan impiannya yang dicipta kepungan awan harapan. Betapa tinggi pengorbanannya hingga dia menangis dalam sendu, tanpa diketahui sesiapa pun.

Bila satu peristiwa yang merubah hidupnya berlaku, dia meminta dilepaskan secara baik, dan Raimy nanar. Baru Raimy tahu, bila Rafique berkata, "Kasihan itu adalah salah satu cabang cinta!"

Kalaulah sebuah buku ini mampu berkata dan kalaulah ini sebuah cerita realiti, pasti saya tidak mampu menahan perasaan. Walaupun ini sebuah fiksyen, air mata saya tumpah membacanya. Plotnya memang klise, cerita kahwin paksa, dan si suami berubah hanya setelah sebuah peristiwa besar berlaku tetapi saya memang tabik dengan penulisnya kerana mampu menulis dari kaca mata seorang lelaki. Bukan mudah untuk menelusuri perasaan seorang lelaki malahan 'berbahasa' pula dengan makhluk berlainan jantina.

Saya larut dalam sebuah cerita dan akhirnya, taktala menghela nafas ketika tamatnya sebuah pembacaan, baru saya sedar sesuatu, penulis dapat membawakan sebuah cerita yang sangat baik sehingga saya lupa yang penulisnya seorang perempuan.

Rencah buku ini bagi saya secukup rasa, ada rasa manis, pahit, payau, malahan kelakar pun ada. Sesekali saya tergelak membaca lawak Raimy, namun ada masanya saya seperti nanar kerana faham perasaan Raimy yang memohon kemaafan dari Sufi. Dan kita tidak pernah tahu dan menelusuri perasaan Sufi sebaliknya semuanya diceritakan dari persepsi Raimy.

Saya tidak tahu sama ada, ada lelaki setabah Raimy, tetapi saya tahu ada perempuan seperti Sufi. Bidadari hujan yang hatinya hancur berdarah tetapi masih sanggup dilukai berkali-kali. Dan kedegilan Sufi itu juga dapat saya dakap dan rasai. Benarlah kaum Hawa ini nampak lembut, tetapi hati mereka kental.

Walaupun ada lompang seperti plot yang agak klise, saya merasakan novel ini hidup kerana watak yang kuat terutamanya Raimy. Berkali-kali masih terasa kagum dengan penulisnya kerana saya langsung tidak reti membaca perasaan seorang lelaki.

Terima kasih Jemari Seni kerana memberikan perkhidmatan terbaik. Saya memilih buku ini kerana rata-rata orang merekomendasikan buku ini sebagai buku 'wajib baca' Jemari Seni. Buku ini sampai di atas meja saya tengah hari semalam. Dan saya menghabiskan buku ini dalam satu malam sahaja, how about that? :)

Review: Basil Thai Nudle Bar, Bangsar Village

3 comments


Farrah's review:

5 out of 5 stars

ngapppp.. 
This time Farra blanje Meng Kam sebab nak kasi Yati yang tak pernah rasa. Owh ya, agak jakun disitu nampaknya Yati makan dengan penuh kenikmatan. Katanya “ sedapp” . Yang agak mengecewakan, daun kaduk tak cukup la pulak. Jadinya, Aini dengan selambanya request daun salad, maka the ladies makan daun salad dengan bahan2 Meng Kam. Kahkah ..Sure bro Basil tu komen “ owh ladies2 ini kepoh lagi jakun”. Ok..takpe kite bayar dik non, bukan free yor! BTW I like3 Meng Kam! Gi kedai thai wajib mengorder ini menuuu huhu











Yati's review:

5 out of 5 stars

Its Mieng Kam truly kebaboommmm!! No wonder Farra keeps on promoting their mieng kam to us. It’s proven and am sure each of us cant agree enough on this. A must-to-order on every visit to basil!!! Oh and I just heart its tomyam!!! Sangat sedapppp sehingga periuk dia licin menjilat jari!!! U don’t need to travel extra mile to phuket or krabi just to enjoy scrumptious tomyam or any other thai cuisine as basil has everything to offer :)

it’s ice blended mocha highly recommended! Very the creamy with a nice blend of coffee taste.


Aida's review:
Menu

4 out of 5 stars

Excellent selection of Thai food. Great ambience for friends to hang out. Price is on the high side, but service is with smile.

Aini's review:

4 out of 5 stars

Cuma service slow sikit sebab kita demanding customer..ahaha





Kak Tie's review:

3.5 out of 5 stars

Presentation-wise, it was more of a downside. It irritates me to see bowls and plates splotched with gravy right up to the brim. Anyway the waiter was kind enough to scoop up the Tomyam for us and served it up in small bowls. My lemon tea was served with brown sugar. I felt they should’ve given the option of white sugar as well. Overall – 3.5/5









Smah's review:

Food: 3.5 out of 5 stars
Ambience: 4 out of 5 stars

Basil = Flying Chilies = Amarin (yg beza cume suasana).. dan Basil hari ni siap ada orang tuangkan dan bahagi-bahagikan sama rata tom yum.. Adakah adik itu mmg baik ? Atau dalam fikiran dia “kakak kakak nih.. kecoh kecoh.. kang kecoh plak berebut tom yum nih.. baik aku bahagi siap siap” .. lalalalala. Adik itulah jugak yg blurr bile kitorang request nak daun kaduk extra… dan sekali lagi blurr bile kitorang request nak daun salad pengganti daun kaduk yg dah abes wlpn kat dapur Basil. Siapa la supplier daun kaduk nih ? isk isk.. ade plak tak cukup.. Ape nih ? daun salad.. daun kaduk ? Aiyohh pening nak review..

Papepun… it’s still a nice place to hang out with friend.. korang bising la tahap mane pun.. takde orang kesah.. ((ke ade ke?)) err.. macik macik bile dah gossip dan mengenang zaman silam.. mmg la tak ingat doniaa.. lalalala.. :P

Overall 3.5/5 utk makanan.. 4/5 for tempat nak berjimba jimba (bak kata Farrah)